22 March 2012

Topik : Doa dan Tawakal

Assalamualaikum :)

Tinggal lebih kurang 8 hari lagi aku berada di bumi perlis ni. x sabar rasanya mau balik sabah wehee :D ahh rindunya udah ma family ku kat sabah tu. walaupun rindu bergelora di jiwa ini tp tetapkan juga semangat utk terus study demi masa depan yg cemerlang gemilang and terbilang..aiseh haha. xpalah itulah dinamakan pengorbanan kan kan :) 

Back to the topik, hari ni kita bincang berkenaan Doa dan Tawakal. kedua2nya mempunyai kaitan rapatnya sesama sendiri :) topik ni aq rasa agak sesuai la utk aq dan kita2 yg baru mau habis exam ni kan. selepas aq kaji and buat research antara dua maksud perkataan ini, ada beberapa perkara penting yg kita harus highlightkan dan perlu tahu apa konsep doa dan tawakal..dah alang2 buka blog aku nih, makanya baca dulu entry ni sampai habis. hahaha! and last nnt jgn lupa like kay? haha gurau2* =P

okelah tanpa membuang masa, ada beberapa perkara yg kita perlu bincangkan kali ini. sebelum tu kita tgk dulu main point yg akan dibincangkan
DOA :
  • Takrif Doa
  • Keutamaan berdoa
  • Tanda2 doa dimakbulkan
  • and also, Sebab doa ditolak and ditangguhkan

TAKRIF DOA
Doa ialah permohonan seseorang hamba terhadap Allah secara terus bagi menyelesaikan segala masalah rohani dan jasmani, dunia dan akhirat sama ada untuk dirinya sendiri atau saudra-mara, sahabat handai dan seterusnya untuk kaum muslimin dan muslimat.
Dalam hadis yg diriwayatkan oleh Anas Bin Malik menjelaskan bahawa doa ialah inti atau otak ibadah.


KEUTAMAAN BERDOA
Doa orang beriman itu pasti dikabulkan oleh Allah SWT, tetapi dalam 3 cara :
  • Dikabulkan secara langsung apa yg kita minta
  • Dihindarkan kita daripada sesuatu bahaya atau bencana
  • Ditangguhkan ke suatu masa yg lain misalnya di hari akhirat yg mana akan diberikan pahala sesuai dengan permintaan itu.

TANDA2 DOA DIMAKBULKAN
  1. Terasa sesuatu yang menakutkan
  2. Menangis tatkala berdoa(bukan dibuat-buat)
  3. Terasa menggeletar beberapa ketika semasa berdoa
Di samping itu, doa-doa yg selalunya dimakbulkan Allah ialah doa2 org dlm keadaan seperti berikut:
  1. Org yg terdesak
  2. Org yg dizalimi
  3. Anak yg berbuat baik thdp ibu bapanya
  4. Org yg suka bertaubat
  5. Pemimpin yg adil
  6. Org yg bermusafir
SEBAB DOA DITOLAK DAN DITANGGUHKAN
kemugkinan doa tidak dimakbulkan ialah:
  1. Ditangguhkan pada sesuatu ketika yg munasabah
  2. menyebabkan sesuatu yg akan myusahkan diri pemohon
  3. b'kemugkinan syarat2 doa x lengkap. (spt x ikhlas, tergesa2, hati yg x hadir)
  4. Sunnah Rasulullah SAW diremehkan 
  5. x bersyukur segala nikmat yg Allah bagi
  6. Syaitan Dijadikan Sahabat walaupun lidah mengatakan ia sbg musuh
  7. sntiasa mencari keaiban dan kesalahan org lain.
antara sebab2 doa ditangguhkan:
  1. Allah maha Adil dan tahu sikap hamba-Nya iaitu kalau dimakbulkan, boleh jadi ia akan sombong, bongkak,lupa diri dan sebagainya maka ditangguhkan ke suatu ketika yg munasabah dan sesuai.
  2. Allah hndak mmberikan sesuatu yg lebih bernilai drpd apa yg kita minta.
  3. permohonan itu ditangguhkan ke hari perhitungan nanti.
  4. mungkin Allah mahukan supaya kita sntiasa beramal dan berdoa, sekiranya apabila doa terus dimakbulkan mungkin kita tidak meminta bahkan tidak berdoa lagi.
  5. mungkin juga syarat2 doa dan adabnya x lengkap dan supaya kita sntiasa mengkaji mengapa doa itu ditolak.



TAWAKAL :
Dalam Perspektif Islam, Tawakal bererti sikap berserah diri kpd Allah, yg bersumber drpd kesedaran bahawa Allah SWT adalah zat yg maha mengetahui sesuatu. Maka, tiada daya serta kekuatan semua makhluk kecuali milik-Nya. Namun, tawakal kepada Allah x bererti penyerahan diri secara pasif, sebaliknya harus disertai oleh usaha.


Tidak ada Tawakal apabila tidak disertai dengan usaha

USAHA LALU BERTAWAKAL
tawakal itu hanya sebagai simbol tanpa memberikan bekas yg sgt besar thdp jiwa org yg tgh melakukan sesuatu pekerjaan, meskipun ia mengaku bertawakal.

BERTAWAKAL LALU USAHA
pengertian ini pula, Tawakal itu sbg landasan shingga mmberikan bekas yg sgt besar pada jiwa dan memberikan kekuatan yg luar biasa yg akan mampu mengatasi kesulitan2 ditemui.

KEPENTINGAN SEMANGAT TAWAKAL
semangat tawakal yg ada sebelum, ketika, dan setelah bekerja juga akan menghindarkan seseorang drpd menempuh jalan yg x diredai oleh Allah SWT utk mencapai tujuan. Ia yakin dengan tawakalnya. Allah akan membantu memberikan jalan serta memudahkan urusannya.


"Segala amalan anak adam yg telah meninggal dunia tidak akan diperhitungkan oleh Allah SWT kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah yg dibelanjakan di jalan Allah, ilmu yg bermanfaat yg diajarkan dan anak2 yg soleh yg mendoakan kedua-dua ibu bapanya."

p/s : coloufull entry ni kali kan.. ngehehhe =P